Gaya permainan Final_Fantasy_VII

Navigasi peta lapangan di sebuah pekan

Seperti judul-judul Final Fantasy yang lain, Final Fantasy VII terdiri daripada tiga buah bentuk permainan: peta dunia, peta lapangan pekan dan skrin bertarung. Peta dunia merupakan model 3D, mempamerkan sebuah versi dunia fiksyen berskala kecil ringkas,[4] yang dilalui para pemain di antara lokasi-lokasi permainan ini. Final Fantasy VII merupakan judul yang pertama di dalam sirinya yang mempunyai watak-watak dengan model poligon-poligon rekaan penuh, dan bukan seperti sprite grafik komputer rata dua dimensi. Seperti judul-judul sebelumnya, peta dunianya boleh dijejak melalui perjalanan kaki, kenderaan seperti Chocobo ataupun kapal udara, kapal selam, dan lain-lain. Pada peta-peta lapangan pula, watak-watak 3D yang boleh dikawal diarahkan menerusi latar belakang berskala kecil yang realistik, yang terdiri daripada grafik 2D yang mewakili lokasi-lokasi seperti pekan atau hutan. Skrin bertarung pula merupakan tapak yang mewakili sesuatu kawasan 3D seperti di dalam bangunan ataupun kawasan berumput, di mana para pemain mengarahkan watak-watak kawalan mereka di dalam pertarungan terhadap musuh-musuh kawalan CPU menerusi sebuah antara muka berupa sebuah menu.[5] Walaupun watak-watak kawalan para pemain dikecilkan di dalam peta-peta, saiz mereka direka lebih realistik dan besar di dalam skrin-skrin pertarungan

Pada tahap awal, para pemain tidak boleh meninggalkan satu-satunya bandar yang boleh dilihat pada masa itu, iaitu Midgar, namun selepas babak-babak seterusnya berlalu, beberapa bandar baru akan dibuka, memberikan lebih kebebasan kepada para pemain untuk mengembara. Pergerakan di dalam permainan Final Fantasy VII adalah ditentukan oleh babak-babak berskrip, justeru adegan-adegan ini tidak boleh diabaikan, dan memerlukan interaksi penuh oleh para pemain sepanjang masa untuk meneruskan permainan. Pada masa yang lain, babak-babak filem akan menggerakkan ceritanya.

Pertempuran

Semasa babak pertempuran berasaskan giliran, permainan ini menggunakan sistem Active Time Battle (ATB) rekaan Hiroyuki Ito yang mula digunakan pada Final Fantasy IV. Tidak seperti siri permainan terdahulu, yang membenarkan sehingga 4-5 watak menyertai pertempuran, Final Fantasy VII hanya membenarkan sehingga tiga watak dalam satu kumpulan pada satu-satu masa.

Pertempuran di dalam permainan Final Fantasy VII

Sistem kemahiran Final Fantasy VII menggunakan sistem materia, bebola magik yang ditempatkan di dalam slot khas di dalam senjata dan perisai, membolehkan pemain untuk menetapkan penggunaan magik, seruan dan keupayaan khas bagi setiap watak. Selain itu, materia juga boleh digunakan bersama-sama dalam beberapa cara untuk menambahkan keberkesanannya atau menghasilkan keupayaan lain.[6][7]

Serangan "Desperation Attack" di dalam Final Fantasy VI dijelmakan sebagai "Limit Break".[8] Setiap watak yang boleh dimainkan mempunyai tolok yang sentiasa diisi setiap kali menerima kecederaan di dalam perlawanan. Apabila tolok tersebut sudah penuh, watak tersebut boleh menggunakan keupayaan Limit Break, serangan khas yang menghasilkan tahap kemusnahan yang lebih bersar terhadap musuh berbanding serangan biasa, atau sekurang-kurangnya membantu kumpulan semasa pertarungan. Pereka watak serta pengarah pertempuran Tetsuya Nomura mengguna pakai bentuk termaju daripada Desperation Attacks sebagai respon kepada kebarangkalian perintah Desperation Attacks yang rendah, di mana ia hanya muncul secara rawak semasa nilai nyawa (HP) watak adalah rendah.[8]

Nomura membuat keputusan untuk menghasilkan animasi yang lebih khusus bagi perintah seruan di dalam permainan ini, dengan tempoh melebihi seminit.[8] Idea ini menjadi popular di kalangan peminat Final Fantasy, dan seterusnya ciri ini digunakan semasa pembangunan permainan siri Final Fantasy yang berikutnya.[8] Walau bagaimanapun, sesetrengah pengkritik menganggap animasi tersebut sebagai keterlaluan.[9]